Skip to main content

Berita - Lawatan Menteri Besar


.

Topik 12
Berita

1. Karangan ini memerlukan calon menjawab persoalan yang berkaitan dengan apa, siapa, mengapa, di mana, dan bagaimana.

2. Apa: Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan berita. Aspek ini memberikan maklumat kepada keseluruhan berita.

3. Siapa: Nama dijelaskcm dengan lengkap, termasuk gelaran dan usia.

4. Bila: Menerangkan masa dan tarikh peristiwa berlaku.

5. Mengapa: Sebab-sebab peristiwa itu berlaku.

6. Di mana: Menerangkan tempat kejadian tersebut berlaku.

7. Bagaimana: Menerangkan bagaimana peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangan peristiwa tersebut.

8. Yang berikut ialah cara penulisan awalan berita: JOHOR BAHRU, l5 September
atau
JOHOR BAHRU, Ahad.

9. Gunakan ayat-ayat yang mudah, ringkas, dan padat.

10. Bagi setiap idea, sertakan huraian dan contoh yang tepat dan benar dengan memasukkan sedutan pendapat orang yang tertentu.

11. Pada perenggan pertama, calon perlu mengatakan idea utama, dan idea-idea berikutnya menerangkan tentang idea utama.

MODEL 81
Lawatan Menteri Besar

Seorang tokoh yang terkenal telah melawat ke sekolah kamu. Tulis berita mengenai lawatan tersebut.

RANGKA KARANGAN 大纲

Pendahuluan:

Menteri Besar melawat sekolah - mahu meninjau persiapan Jambori Pengakap Kebangsaan 2018 (JPK 2018) ketibaan disambut aleh guru besar

Idea-idea:

1.
- Menteri Besar diberikan penerangan tentang persiapan
- beliau bangga terhadap persiapan sekolah
- yakin bahawa majlis berjalan lancar

2.
- Sekolah menjadi tumpuan peserta seluruh negara
- peserta dari luar negara juga datang
- kelancaran meningkatkan imej negeri

3.
- Beliau dibawa melawat sekolah dan padang
- bangga kerana telah melakukan persiapan rapi
- persiapan sekolah seperti majlis kian hampir
- ARAU, 6 0905 Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Nik Azman  telah melakukan lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan Tengku Badriah di sini hari ini. Lawatan tersebut bertujuan untuk meninjau persiapan sekolah itu sebagai  tuan rumah Jambori Pengakap Kebangsaan 20l8 (JPK 20l8). Ketibaan beliau telah disambut oleh guru besar dan para pendidik.

Data’ Seri Nik Azman telah diberikan penerangan terhadap persiapan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Beliau telah melahirkan rasa berbesar hati terhadap persiapan yang dilakukan. Beliau yakin bahawa Jambori Pengakap Kebangsaan 2018 ini akan berjalan dengan lancar.

“Sekolah ini akan menjadi tumpuan peserta dari seluruh negara. Beberapa buah negara luar seperti Singapura, Thailand, dan Brunei juga akan menghantar wakil. Kelancaran majlis amat penting kerana dapat meningkatkan imej negeri khasnya, dan imej negara umumnya,” kata Dato’ Seri Nik Azman.

Kemudian beliau dibawa ke persekitaran sekolah dan padang yang akan menjadi tempat jambori ini berlangsung. Beliau melahirkan rasa bangga kerana pihak sekolah menjalankan persiapan yang rapi. Walaupun majlis akan diadakan tiga minggu lagi, pihak sekolah bersiap sedia seperti majlis akan berlangsung esok.

Selain Sekolah Kebangsaan Tengku Badriah, beberapa sekolah berdekatan akan digunakan untuk majlis itu. Jabatan Pendidikan Perlis selaku penganjur telah menyediakan persiapan gang sepenuhnya. Setakat ini, segala persiapan telah berjalan dengan lancar.

Sepanjang Iawatan kerja selama tiga jam, Dato' Seri Nik Azman juga sempat memuji Pentadbiran sekolah. Beliau melahirkan rasa bangga  pencapaian murid dalam UPSR. Beliau yakin bahawa pencapaian cemerlang itu berkat kesungguhan guru mengajar.

Kosa-kata

° meninjau - melihat kelancaran berjalan seperti dirancang .
° berbesar hati - berbangga
° lmej - gambaran

Comments

Popular posts from this blog